TNB Rugi RM9j Sindiket Produk Jimat Elektrik?
BUKAN KERANA PRODUK JIMAT ELEKTRIK
TETAPI KEGIATAN "MENCURI ELEKTRIK
"MENGUBAH SUAI METER TNB.
peralatan kami adalah berkonsep kapasitor bank..
.atau pembetulan faktur kuasa bekalan,
tidak melibatkan ganggu gugat meter TNB
atau peralatan TNB..
AMAT DITEGASKAN DISINI BAHAWA
APA YANG BERLAKU DI JOHOR
TIDAK MENGGUNAKAN PERALATAN KAMI
TETAPI KEGIATAN LICIK
PEKERJA TNB SENDIRI...
Posted: 5 Julai 2011 by saiful in Berita Elektrik, Elektrik
Label:Alat jimat elektrik, Berita Harian, chargeman, Electric, Elektrik, Jimat, Keselamatan, power saver, Suruhanjaya Tenaga, TNB
Sumber: Berita Hairan 4/7/2011Label:Alat jimat elektrik, Berita Harian, chargeman, Electric, Elektrik, Jimat, Keselamatan, power saver, Suruhanjaya Tenaga, TNB
JOHOR BAHRU: Kewujudan sindiket menawarkaan produk dan kepakaran bagi mengurangkan penggunaan tenaga elektrik menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Johor kerugian lebih RM9 juta sejak awal tahun ini.
Perbuatan didalangi kumpulan berkenaan menyebabkan banyak premis perniagaan termasuklah hotel ternama dan kilang membayar jumlah tertentu untuk mengurangkan penggunaan elektrik mereka dan menyebabkan kerugian yang banyak kepada TNB.
Pengurus Besar Negeri, Datuk Mohd Aminuddin Mohd Amin, berkata kerugian berkenaan berdasarkan 1,336 kes kecurian yang dilaporkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini membabitkan sektor komersial seperti rumah kedai, hotel, klinik, stesen minyak dan kilang sebagai penyumbang utama.
Katanya, Johor negeri ketiga mencacatkan kes kecurian elektrik tertinggi selepas Selangor dan Pulau Pinang dengan kebanyakan kes pengubahan meter didalangi sindiket yang menawarkan perkhidmatan serta produk pengurangan tenaga.
“Untuk mengatasinya, Unit Pengekangan Kecurian Arus (SEAL) TNB dianggotai 30 petugas diarah menjalankan operasi dari semasa ke semasa di sekitar negeri ini, Negeri Sembilan dan Melaka, ” katanya.
Mohd Aminuddin berkata, kegiatan kecurian elektrik yang didalangi kumpulan itu masih mampu dikesan pihaknya yang turut mempunyai kepakaran memeriksa kebocoran tenaga berkenaan dengan kadar segera.
“TNB menggunakan sistem canggih iaitu Alat Kawalan Jauh Bacaan Meter yang boleh mengesan secara automatik jika berlaku pengurangan penggunaan elektrik secara luar biasa walaupun premis terbabit terletak jauh seperti di Segamat.
“Unit SEAL akan terus datang ke lokasi berkenaan dan jika didapati pemilik premis mencuri elektrik, kami berkuasa menyekat penggunaan elektrik selama tiga bulan di sana mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990,” katanya.
Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya dengan helah sindiket yang hanya mahu mengaut keuntungan mudah hingga menyebabkan pengguna didenda serta dikenakan tindakan mahkamah.
Pada masa sama, beliau menjelaskan pengguna turut terdedah risiko kemalangan kerana peralatan pengurangan elektrik terbabit dihasilkan tanpa mengikut piawaian.
Justeru katanya, orang ramai yang curiga dengan kehadiran individu yang mendakwa kakitangan TNB yang menawarkan perkhidmatan pengurangan tenaga itu boleh menghubungi talian TNB Careline di 1554 atau pusat sehenti di 1300 88 5454.
Sementara itu, dalam perkembangan sama beliau berkata, TNB akan menggantikan lebih 250,000 meter elektrik lama berusia lebih 15 tahun di seluruh negeri ini secara berperingkat berikutan ia sudah tidak berkesan termasuk gagal merekodkan bacaan penggunaan sebenar.
0 comments:
Post a Comment